Bengkel Literasi Minggu Keempat
25 Julai 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 24 Julai 2018 Pusat internet Lubok Antu dengan kerjasama Perpustakaan Majlis Daerah Lubok Antu telah mengadakan Bengkel Literasi Maklumat disertakan dengan taklimat program Advokasi & Klik Dengan Bijak pada jam 9.00 pagi hingga 11.00 petang bertempat di bilik latihan PI Lubok Antu.
Kelas ini telah dihadiri seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada komuniti sekitar Lubok Antu.Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan secara menyeluruh kepada peserta bengkel mengenai perlaksanaan program Literasi Maklumat di perpusatakaan serta menyokong initiative Kerajaan Negeri agar rakyat dapat mengaplikasikan serta manfaat dengan sepenuhnya. Selain itu, bengkel ini juga diharapkan dapat digunakan untuk mendedahkan para peserta dengan program advokasi dan klik dengan bijak yang merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh pihak MCMC. Ceramah dan tayangan video KDB dan Advokasi juga diharapkan dapat melahirkan kesedaran dalam kalangan peserta tentang perlunya menjadi pengguna yang bijak dalam melayari dunia atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: